Wings & Search – Gemuruh [Lirik]

53

Lagu lagu kumpulan wings

Lagu lagu kumpulan wings

Lagu Gemuruh Dinyanyikan Oleh Wings & Search

Di dalam gerimis
Penuh rahmat dia tersentuh
Cendawan alpa sesegar pagi
Yang permai damaikan

Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambakan
Cinta sempurna dari jiwa
Bakal surinya

Di dalam kelambu
Mendung ungu dia kesali
Hilang kayangan pedoman
Ikhtiar dan arah

Persis si buta mengangankan
Hidup sederhana
Menjamahi hari-hari
Mimpi-mimpinya

Sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan menelan siksa
Pahit maung madah pujangga

Terbukti kasih
Yang hanya serampang berbisa
Menguntum gerigis besi kaca
Dan pawaka

Tak tersedar menyeresapi
Ke pusar keinsanan
Membibitkan titis-titis
Sepekat warna darah dan dosa

Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan menelan siksa
Pahit maung madah pujangga

Terbukti kasih
Yang hanya serampang berbisa
Menguntum gerigis besi kaca
Dan pawaka

Tak tersedar menyeresapi
Ke pusar keinsanan
Membibitkan titis-titis
Sepekat warna darah dan dosa

Lagu lagu kumpulan wings

53 thoughts on “Wings & Search – Gemuruh [Lirik]

  1. Waktu kerja Kat bangi aq beli kaset nie😅😅😅Mana la geng2 Sony sekarang nie rindu pulak zaman rock dulu😂😂😂😂

    1. @@rehanqodry1187kbhhhjj
      Hi ghsh
      Hsiqiksjqqqjjjyhgd
      Js ok ni k dad dk nk juitijie😢asju
      I

  2. waktu ni masih belajar tingkatan 5 di MRSM Balik Pulau. Belajar sambil dengar lagu. Tak sangka, muzik ni membawa kenangan lama setelah bergelar Doktor

    1. Sama lah, belajar sambil dengar lagu ni, tak sangka lagu ni membawa kenangan lama setelah aku bergelar pilot

    2. @@zzz-xw6vt tuan belajar dimana masa sekolah menengah? Kot kawan sekolah lama . Saya batch MRSM 90/91 Balik Pulau

  3. Antara lagu yang selalu menjadi siulan anak muda suatu masa dulu adalah lagu gemuruh nyanyian amy dan awie.Tapi mungkin sepatah haram depa tak paham…Loloq yang buat lirik jadi memang mendalam dan ada berbagai maksud.Aku ceritakan maksud lirik ni secara direct.Walaupun sebenarnya ada maksud lain iaitu maksud ketuhanan yang boleh ditafsir jika diteliti dengan lebih mendalam.Loloq antara pemuisi yang dapat menulis bait-bait dengan membawa 2 maksud…

    Semoga lagu ini menjadi panduan untuk pasangan bercinta dan seorang hamba
    1-cerita no 1
    2-cerita no 2

    sebab tu ramai yang kagum dengan loloq…satu lirik 2 cerita dan maksud…

    Di dalam gerimis penuh rahmat
    1-(Semasa hujan renyai-renyai yang memberi rahmat kepada alam)
    2-(Semasa hujan renyai-renyai yang memberi rahmat kepada alam)
    Dia tersentuh
    1-(seorang lelaki telah secara tidak sengaja menyentuh)
    2-(seorang hamba telah tersentuh hatinya)
    Cendawan akrab
    1-(sepasang payudara..bentuk cendawan seperti payudara..ada guna perumpamaan saudara kembar)
    2-(apabila terdengar atau terlihat maksud Al quran dan Hadis Nabi..2 panduan umat islam)
    Sesegar pagi nan permai damaikan
    1-(bentuk payudara yang masih segar dan elok…diumpamakan seperti yang anak dara punya)
    2-(kata-kata dari Al quran yang amat indah…menenangkan jiwa…rasa cukup tenang)
    Tunggul di pinggir rimba
    1-(zakar yang dihujungnya penuh dengan bulu ari-ari)
    2-(seorang insan yang hampir mati keimanan dan rasa tersingkir)
    Lantas mendambakan
    1-(lalu mengikut nafsu ingin mendapatkan)
    2-(lalu ingin mendapatkan)
    Cinta sempurna Dari jiwa Bakal surinya
    1-(mat saleh cakap make love…jadi dia mahukan cinta sehingga ke akhirnya..make love yang bersama dengan jiwa..dari seorang perempuan yang bergelar tunang atau girlfriend)
    2-(Cinta dari Allah yang maha sempurna dan bakal bertemu dengannya setelah mati)
    Di dalam kelambu mendung ungu
    1-(dalam kelambu atau di tempat tidur perempuan itu amat berasa kesal)
    Dia kesali
    1-(rasa kesal yang amat sangat kerana telah terlanjur)
    Hilang kayangan pedoman
    Ikhtiar dan arah
    1-(hilang kayangan adalah hilang dara kerana itu benda paling tinggi ada kat perempuan…hilang arah tuju…hilang iktiar kerana tiada dapat mengembalikan dara yang telah hilang…dan hilang arah atau tak tentu arah)
    2-(di dunia ini..kelambu macam bumi yang dipayungi lapisan ozon…dia berasa sesal dengan dosa..dosa itu membawa dia hilang syurga…hilang arah tuju…hilang cara untuk kembali mendapatkan pahala kerana terlalu banyak dosa yang dibuat…hilang arah tuju)
    Persis si buta mengangankan
    Hidup sederhana
    Menjamahi hari-hari
    Mimpi-mimpinya
    1-(seperti orang buta yang mahu menjalani hidupnya rasa selesa tapi takkan dapat kerana dia buta jadi dia hanya boleh bermimpi sahaja…atau perempuan itu mahu anggap menjalani hidup seperti biasa sewaktu masih ada dara tapi semuanya hanya tinggal mimpi kerana dia tidak boleh berpatah balik ke asal)
    2-(seperti orang jahil atau buta yang mahukan kehidupan di syurga tapi itu hanyalah menjadi mimpi sahaja)
    Sendiri meratapi
    Sekalungan sengsara
    Dan menelan sisa
    Pahit maung madah pujangga
    1-(Perempuan itu telah ditinggalkan kekasihnya..tinggal dia seorang menangis mengenang hidupnya yang telah musnah…angkara termakan dengan pujuk rayu kekasihnya yang pandai memujuk..kata-kata manis sekarang telah menjadi pahit)
    2-(menangis seorang diri kerana terpaksa menerima ayat-ayat ancaman tentang neraka dari Al quran yang dilagukan dalam bentuk puisi)
    Terbukti kasih nya
    Hanya serampang berbisa
    Menguntum gerigis besi kaca
    Dan pawaka
    1-(sekarang perempuan itu sedar yang kekasih hatinya adalah seorang lelaki yang durjana dan celaka.yang telah menabur benih yang amat memeritkan dia…yang amat dikesalkan…pawaka maksudnya api)
    2-(dia sedar yang iman dia kepada Allah amatlah lemah dan telah membuatkan dirinya mungkin dicampak ke dalam neraka)
    Tak tersedar
    Menyeresapi ke pusar keinsanan
    Membibitkan titis-titis
    Sepekat warna darah dan dosa
    1-(tanpa sedar benih yang telah ditabur telah bergerak menuju ke rahimnya..pusar keinsanan adalah pusat rahim iaitu melahirkan insan…lalu telah menumbuhkan setitis darah yang akan menghasilkan janin dan menghasilkan dosa kerana telah menjadi anak luar nikah)
    2-(Dalam tak sedar dia rasa amat-amat menyesal akan segala dosa yang telah dilakukan…pusar keinsanan itu otak manusia…yang telah menyebabkan dia insaf kerana melakukan banyak dosa…
    Tak tersedar
    Menyeresapi ke pusar keinsanan
    Membibitkan titis-titis
    Sepekat warna darah dan dosa
    Oh sendiri meratapi
    Sekalungan sengsara
    Dan menelan sisa
    Pahit maung madah pujangga
    Terbukti kasih nya (nyata)
    Hanya serampang berbisa
    Menguntum gerigis besi kaca dan pawaka
    Tak tersedar
    Menyeresapi ke pusar keinsanan
    Membibitkan titis-titis
    Sepekat warna darah dan dosa
    Tak tersedar
    Menyeresapi ke pusar keinsanan
    Membibitkan titis-titis
    Sepekat warna darah dan dosa

    1. Benar.. Lirik dan maksud lirik lagu nie arwah Loloq tuju buat pedoman para remaja dan semua agar tidak mudah terpedaya dengan sang lelaki yang suka menabur janji manis dan akhirnya meninggalkan insan teraniaya terpontang – panting keseorangan

  4. Salam dari Indonesia… Dulu di album slow rock.. Belasan tahun lalu… Sering aku putar kaset lagu ini..

  5. Salah satu lagu ciptaan terbaik Allahyarham loloq bersama abg m nasir. 2021 tetp layan 🤟🏼

    1. Suara Awie dah power dah, tp bila dgr suare Amy Search hilang rockers Awie..Padu betul

  6. Zaman zaman rempit ni,masih menguasai segale lagu rock lagi ni lagu🤟🏻😭🔥zaman sekarang mane ade lagi suare suare cam niシ︎awie pon dh meningkat usia dh😔

  7. 06/05/2022 teragak diminda nk lyn lagu ni dah 45thn umur ku skrg smga yg seumur dgn den diberikn kshtn yg baik dan dimurahkn rzki

  8. Hari tu wings turun sgpore kali ini fuad rahman dpt lagu ni, da mcm janji pape pun doakan terbaik utk fuad rahman

  9. Dulu bila blik kampung ayah mesti layan lagu nie dlm van sekarang dah berubah tiba plak aku dgn anak aku plak layan dlm kereta. Layan oooo

  10. Saya mula dengar lagu rock melayu ne sejak umur 8thn lgi..first time umur 8thn smpi skrg dh hmpr 20 thn dengar lagu2 dri malaysia rock ne sentimental sikit memang susah nk lupakan..
    #From_sumatera

  11. Kisah terlanjur, menyesal, ditinggalkan dan akhirnya terbentuk janin tak berdosa.
    Hebat dan puitis liriknya hingga pendengar merasakan ada 2 maksud yg berbeza. Melodi lagu sangat kena dengan mood lirik. Semoga yg mendengar dapat ambil mesej yg nak disampaikan.

    1. Nie la maksud yg tersirat disebalik lagu begitu simbolik maksudnya.tabikk spring pada penulis dn liriknya,kalau tk silap penulis liriknya arwah Bob Lokman.

  12. menakjumkan keseluruhan lagu ni penyanyi senikata dan melodinya muziknya di atas terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *