May – Cintamu Mekar Di Hati

51

kumpulan may

kumpulan may

Kumpulan May ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia semenjak pertengahan dekad 1980-an. Kumpulan ini membawakan lagu-lagu berbahasa Melayu.
Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1986 oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).
Kumpulan May telah menyertai pertandingan Battle Of The Band pada tahun 1987 dan mendapat tempat ketiga, malah Mus berjaya meraih hadiah Vokal Terbaik pada pertandingan itu. Kejayaan tersebut menarik perhatian syarikat rakaman Warnada Records untuk menawarkan kontrak rakaman kepada kumpulan ini. Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1988 berjudul 'Dilema'. Sebelum 'Dilema', May ada merakamkan sebuah album mini 'Juara Juara Rock' yang mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.
Album kedua May yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1989.
Berbeza dengan kebanyakan kumpulan rock tempatan yang lain, May hanya mengalami pertukaran vokalis sebanyak dua kali sepanjang karier muzik mereka manakala keanggotaan pemuzik dalam kumpulan ini tidak pernah berubah.

Tiga vokalis May, Yantzen, Mus dan Oney
Anggota asal
1. Mus (Mustaffa Din, lahir 10 Mei 1968) – Vokal (1986 – 1991), (2002 – sekarang)
2. Man (Mohamad Saarip bin Yaakob, lahir 1965) – Drum
3. Abu (Mohd Nassier bin Yusof, lahir 12 Januari 1967) – Gitar
4. Yus (Mohd Mohtar bin Mohd Madin, lahir 1965) – Bass
Bekas vokalis
1. Yantzen (Yantzen Juniwan, lahir 2 Disember 1958) bekas vokalis Rusty Blade (1992 – 1996)
2. Oney (Mohd Redzuan Aziz, lahir 4 November 1972) bekas vokalis Lipan Bara (1997 – 2002)

kumpulan may

51 thoughts on “May – Cintamu Mekar Di Hati

  1. Jaman dulu pas masih SMP kl mau dengar lagu malaysia,harus sabar nungguin penyiar radiox bacain atensi yg bgtu banyakx.penggemar lagu malaysia terlalu banyak.skrg anakku uda 3.tiap kali denger lagu malaysia serasa kmbali ke jaman SMP.

    1. Ardy Keraf radio elbayu gersik… bnyak lagu malaysia di request.
      senang bget kala itu masih smp

    2. @@devaaj8353dlm acara.. pesan anda lewat lagu..radio elbayu gresik..malam

    3. Emang kita udah jadul,,tapi pas denger lagu jadul serasa muda ,padhal umur udah 47

    4. @@AgusSetiawan-md9pt angkatanya bapak ku hehe ank milenial pecinta lagu jadul๐Ÿ™

  2. Assalammualaikum….saja nk sembangg…Aku sangup jalan kaki balik rumahh.Dari Bkt Mertajam ke permatang pauh..semata mata nk layan konsert MAY..powerr gilaaa..dressing…

    1. Salam serumpun ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡จโค๏ธ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ณ

  3. Lengkingan vocal Abang Mus tak ada tandingannya se Asia salam dari peminat setia di Indonesia .menanti konser may di indonesia

    1. @@aan_izo ya betul solo karir saat itu kegagalan album strategi mus terbitkan satu pengertian

  4. Saya orang jawa tengah,indonesia..saya senang dengerin lagu2 rock malaysia..sampe sekarang saya masih suka lagu2nya may,,amy,ekla dan lain2 ,,salam dari indonesia,,,I Love rock malayasia,,โคโค

  5. enak sekali didengar…….salam dari saudara serumpun minang sumatera indonesia

  6. Lagu ni masa saya umur 10tahun..sekarang sudah 36tahun..sekejap masa berlalu๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญrindunyer zaman dulu..

  7. Jaman rambut gaya sarang musang dimana jaman itu setiap lagu Malaysia terasa merdu dan istimewa saat diputar di radio-radio seluruh negara…salam dari Indonesia

  8. KANGEN lagu” Malaysia
    DULU DIJAMAN PRESIDEN SOEHARTO tahun 1990an
    Lagu” Malaysia merajai tangga musik Indonesia…
    seperti .. SEARCH.. UKS..IKLIM..ELLA..WINGS..XPDC..EYE..SLAM..MAY..dan masih banyak lagi

    1. Btul tu bro..anugerah allah kepada kita semua untuk memahami lgu dulu2..๐Ÿ’ช๐Ÿ‘๐Ÿ‘

  9. Pertama dengar tahun 1991…
    Ingat seseorang yg di Gaperta ujung, Medan, semoga dirimu mendengar kan juga…

  10. kenapa klo dengerin lagu2 Malay spt terbawa ke masa lalu apalagi lagu2nya “may” sgt menyentuh dlm hati pokoknya cinta deh โค๏ธโค๏ธ

  11. dah masuk tahun 2022..sape2 yg masih lg layan lagu ni korang memang lejen la…

  12. Aku orang Indonesia …ingat waktu masih SD kakakku beli kaset ini…saat ini masih sering di puter

  13. lagu Rock malaysia memang bagus kaya lagunya yukis disini menunggu disana menanti salam kenal dari dasault rafale

  14. Lagu favorit masa remaja saya dulu,,tak bs ku lupakan ,,kenangan dan sekarang di mana pun kau sekarang,,kan tetap.ku kenang,,walau berakhir sudah,,# salam anak Banda,,agam mantan anak PT,APPI,,asra ma Hanura langsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *