KOLEKSI LAGU-LAGU TERBAIK WINGS

58

kumpulan may

kumpulan may

Wings merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada 1985 di Kuala Lumpur, Malaysia. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asal yang terdiri dari Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Baharom (Gitar), Zul (Gitar Bes) dan Jojet (Dram). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang anggota sahaja. Awie, Joe, Eddie dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini. Kini anggota Wings hanya bertiga iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe telah meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau bersama Wings.

Sesudah Joe meninggalkan kumpulan ini, Wings kini menggunakan nama Wings & Superfriends.[1] Ini berikutan Wings bersetuju untuk memerlukan dua khidmat pemain gitar utama yang berpengalaman iaitu Syam yang juga merupakan anggota asal Wings dan Edrie Hashim (Bekas anggota kumpulan Chapters) sebagai pemuzik undangan yang diberi gelaran Superfriends untuk menggantikan tempat Joe. Kini Wings & Superfriends mempunyai lima anggota iaitu Awie (Penyanyi), Eddie (Gitar Bes), Black (Drum), Syam (Gitar Utama) dan Edrie (Gitar Utama).

Sehingga kini kumpulan Wings telah menerbitkan sebanyak sebelas buah album studio tidak termasuk album kompilasi, live dan album studio bersama Search. Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ketahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum. Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10, 000 unit. Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam industri perfileman yang telah pun muncul sebanyak enam buah filem dan antaranya ialah Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012).

kumpulan may

58 thoughts on “KOLEKSI LAGU-LAGU TERBAIK WINGS

  1. ini salah satu album rock kapak paling bagus
    search – fenomena
    wings – teori domino
    may – hakikat
    xpdc – brutal

    peace out from indonesia

  2. Saya agak lewat mengenali Wings. Saya mula mengenali Wings ketika menyaksikan persembahan Wings Muzik Muzik Akhir dengan lagu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakilla ketika itu bersaing hebat dengan lagu Isabella oleh Search. Persembahan dan vokal Awie Wings memang hebat. Apabila album Teori Domino keluar adik saya membeli kaset tersebut dan saya hanya tumpang dengar. Rupanya Wings ini lagu lagunya sama ada rentak slow atau fast memang terbaik dan bukan untuk cukup muat album seperti kumpulan rock lain yang cukup banyak ketika itu . Bahkan ketika itu saya sanggup menukar kaset kumpulan Melissa yang saya beli dengan lagu top masa itu Cinta Untuk Nabila dengan kaset album pertama Wings yang lama dengan seorang kawan perempuan. Sejak itu saya mula mengumpul kaset dan cd Wings dari mula sehinggalah album terakhir Menakluk Kosmo. Lagu lagu Wings memang evergreen dan sedap didengar sehingga kini. Ditambah lagii dengan vokal Awie yang lemak merdu.

    1. Betul tu sis.. Lagu2 WINGS mmg terbaikπŸ‘πŸ‘πŸ‘β€οΈβ€οΈ

    2. Saya dari Indonesia, sangat suka dengan lagu2 dri kumpulan WingsπŸ‘πŸ‘πŸ‘

  3. Teringin Nak Kembali pada Zaman Itu.
    Betul2 Syadu.Teringin Nak Berkumpul Berjumpa Kawan Lama.

  4. Wings masih band LEJEN even da 2020 sape geng WINGS like skit 🀘🏼

    1. @Mankind aku orang.. kau mst binatang kan?? sbb xde adabπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

  5. Teringat sma sobat yang ada di Sabah Tawau tanjung batu laut! Semoga selalu sehat dan sukses selalu! Wings slalu yg terbaik πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ€Ÿ

  6. Wings
    May
    Seacrh
    Xpdc
    Syj
    Sofea
    Bpr
    Lefthanded
    Band rock terbaik malaysiaπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    1. Iklim
      UKS
      Spoon
      Search
      Sera
      Sting
      Slam
      …… Silakan lanjutkan. β€οΈβ€οΈπŸ‘πŸ‘

  7. Wings tetap dihati…tambah2 awie zaman dulu comel cgt…suara mmg specel…

    1. Wajah kacak, suara lunak merdu, perangai bagus, kelakar lagi sapa tak jatuh hati kat Awie.

  8. Aq lahir thun 2000 but Wings lah gp rock and until now aq sllu minat..aq minat sejak thun 3..klw melepak dgn kwn atau berkumpul dgn sepupu yg lain..mesti ready gitar dan nyanyi lgu Wings..Wings always be the awesomeπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    #PastPresentFuture
    #2020here

    1. @@amirulhakeem6133 sama lah batch 04…memang layan lagu ii lama gini πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    2. saya lahir 1980 dan masih minat wings, lagu lagu baru tak banyak yang ada jiwa atau lebih dikatakan berhantu .Nak pulak zaman yang minat lagu kpop. Udah la tak faham sepatah apa pun.

    3. Rockers tak de ckp aq. Dia guna lu gua, aku kau. Jiwa kena kental. 3 benda menjatuhkan negara :1. Rasuah 2. Tak tepati masa 3. Cinggey ( jijoe alfonso, rock oo)

  9. Tahun 2020 masih layan lagu2 wing ..terbaik wings..Dato Awie…πŸ‘πŸ‘πŸ‘

  10. lagu wings semua padu giler dri dulu hingga skrg ini…sukar nk lupakan zaman remaja hingga dewasa ini…..memang terbaik…jom layan…

  11. sya minat sngt dgn band ni wlpun band lama..sya lahir tahun 1999 pun dh dgr band ni..WINGS zaman mereka wlupun sya masi kecik zaman tu..like spe dgr Februari 2020

  12. Terima kasih kpd yg uploaded lagu2 terpilih wings walaupn tk semua lagu apa2 terima kasih jua penganti penghargan itu

  13. Assalamualaikum wbt utk semua pengemar muzik Rock semuga kalian sentiasa dilindungi n diberkati ALLAH SWT serta suksess selalu…Terbaik BossKu kerana mengembalikan zaman nostalgia Aku di masa remaja n mengambit kembali kenangan pahit n manis Aku lalui…Rock terus Rock walaupun kini aku telah punyai cucu masih melayan lagu2 dari Wings…

  14. 05/12/2023 untuk Nurul hana
    Pilih lagu kesukaan mu.
    0:00 di ambang Wati
    5:35 bernafas dalam lumpur
    10:58 lena di ulit intan
    15:29 aku pun tahu
    20:55 taman rashidah utama
    28:20 misteri mimpi Syakila
    34:35 intanku kesepian
    39:34 semalam yang hangat
    44:45 belenggu utama
    50:34 cinta seusia kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *