Picit sini kalau nak tengok “gula-gula” rock !

Wa rasa lighter ni lu mesti suka punya

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

Karaoke dulu der…

82 thoughts on “Bloodshed-Srikandi Cintaku

  1. Pada anak anak abah kalau terbaca comments ini lah lagu kenangan yg Tak dapat abah lupakan sampai sekarang lagu ni berkumandang semasa abah dlm perjalanan Ka BS untuk menziarah kelahiran abg sulung Kamu semua kerana dia lah penyambung semula jodoh abah Dan mama –salam sayang buat mama Dan anak anak abah semua

    1. Smoga tuan skeluarga bahagia kekal sampai syurga .. “Kasih ibu mmbawa kesyurga kasih ayah sepanjang masa”

  2. Saya dari Indonesia, setelah nonton hantu KA Limah langsung saya search lagu ini.

    Saya suka sama slow rock Malaysia.

    Keep Rockin’ m/

    1. Dalam fikem hantu kak limah , ia berbentuk keroncong , nyanyian semula awie wings & mus nay .

  3. Rindu rockers 80’s – 90’s…Aq lahir tahun 70’s…dibesarkn dgn lagu2 legend sperti ni.Sluar ketat,boot cowboy & baju beggy…siapa lahir zaman era rockers like skit.

    1. Ya..awal 70an masih sempat..merasai zaman emas rock Malaysia..rambut dan seluar sekolah selalu jadi masalah disiplin kat sekolah.. kenangan betul.. hahaha

    2. Lahir dalam 80’s. Walaupun time tu budak kecik lagi, tapi dah pun terdedah ngan culture Rock nih. Pak² sedara ngan 2 abang aku betul punya follow. Jeans ketat gila sampai time nak pakai, kena letak beg plastik kat kaki dulu baru boleh pakai jeans sendat tu. Jaket & t-shirt baru beli, tak sempat pakai pun lagi diaorang terus kasi personalized. Boleh tahan kreatif jugaklah diaorang tu semua. Petang-petang pulak gi melepak kat rumah member, sambil melepak dengar lagu & baca majalah. Aku yg masa tu baru dlm umur 5 tahun lebih dah pun diaorang bawak gi melepak sama. Pak sedara siap tolong designkan t-shirt utk aku pasal taknak aku rasa left out kot. T-shirt feveret aku yg ada gambar cam bendera Jepun zaman dulu² tu. Loudness kalau tak silap. Siap buang lengan baju tu. Dressing kaw-kaw, pastu gi melepak kat shopping kompleks. Tengok Pak sedara & abang² aku mengorat awek² yg lalu-lalang kat situ.

  4. Lagu ni semasa aku tingkatan 1. duduk kat kg takde bekalan api dan air. Ayah dah lama pegi selamanya. Tinggalah emak sorg2 membesarkan kami seramai 10 org adik beradik..Emak bergolok bergadai dan berjuang dgn jerit payah. Sehinggalah kami semua membesar dan berjaya hari ini..Emak lah srikandi Cintaku

    1. Terharu dgr kisah awk.sy pn org ssah jgk. 10 brdk,tp ada api,air,makbapak.awk kmpg kat manen

  5. Srikandi Cintaku adalah sebuah lagu rock terbaik
    ciptaan sifu M.Nasir dan
    lirik tulisan Nasir Jani👍👍
    Hari ini..1hb Jan 2020 siapa
    yg masih minat lagu ini?

    1. Era 80an tu mmg zmn rock..seluruh dunia…lagu2 byk yg unik dn puitis..dgar je..

    2. @@norazizahmohdnor9337Itulah kehebatan lg2 rock lama masih diminati hingga hari ini.👍👍👍

  6. Petang tadi aku dengar ada budak kecik menyanyi lagu ni dari level atas apartment aku, sampai rumah terus aku cari kat utube. Budak2 sekarang still dengar lagu macam ni 👍👍

  7. saya org swk bangsa iban sentiasa dengar lagu ini kalau balik kerja..buka besar2 bagi semua dengar..tu baru rock lama.🤘🤘

  8. Hanya rockers otai jer yg still layan muzik rock kapak..Kadang2 tersenyum sendiri mengenang kegemilangan muzik rock 80an dan 90an melanda…Umur dah menghampiri 50 tahun..tapi sentiasa merindui masa lalu..

  9. Yg dtg sebab naqiu tak legend langsung. Yg datang ke video ni sbab mmg minat lagu ni memang AWESOME 👍🏼 lahir 99′ tapi minat lagu2 lama sebab arwah abah selalu pasang 😊

    1. Akhirnya ada orang cakap yg datang sebab naqiu buat apa baru nak tahu kaa wujudnya lagu ni

    2. Apa nak bangga dengan naqiu tu bawak lagu pon lagu org bkn lagu dia , x nak pulak bangga dengan Rosdan yang dah lama bawak lagu ni dan bangga dengan m.nasir yg mencipta nyer .

  10. Aku orang Indonesia menyukai lgu dari kumpulan blodsett
    .slm damai..moga Indonesia dan Malaysia..sellau dlm lindungan yg kuasa..dan di jauhkan pnyakit.amin

    1. Aku minat dengan lagu ni sebab dia punya lantunan melodi sedap ngan lirik yang mendalam

  11. Walaupun sy agama hindu malaysia
    Lagu ii rock 80-90an tetap di hatiku
    Ukays,eye,xpdc,sting,spring,mega
    Rock jiwang-kapak tetap dihati 💯🇲🇾🔥❤️

    1. Ade lg bro, samudra, alleycat pun banyak lagu dia sampai sebelum mati pun minta diputarkan lagu2 dia, xde zaman sekarang lg dah.. skrng artist nama je popular bakat x kemana2 pun.

    2. @@jamalabdillah9388 nama baek tu boss jamal abdillah salah satu penyanyi yg sy suka juga,,,,……btl tu bro contoh k clique worst crew
      Love to show what they have

  12. Cool Malaysian Slow Rock… Keep inspiring young generations.

    Salam dari Jakarta – Indonesia..

  13. Tengah mendengo … Dari riau, sumatera,.. Rock kapak tetap di hati 👍 (11-9-2021)

    Bloodshed

    1. Dengar versi keroncong nyanyian penulis lagu asli M.Nasir. lebih menusuk kalbu

  14. Lagu berhantu paling solid band bloodshed melalui penyanyi asal rosdan ini tetap di sukai ramai sehingga kehari ini 2022.

  15. My favourite song..I’m an Indian..but this is absolutely awesome song..most of my fellow bikers love this too

    1. Old Song Have A Soul…Boleh Keluar Air Mata Bila Di Hayati Bait Kata2nya 😢😢😢

  16. Lagu bermaksud kecintaan Rasulullah saw Nabi Muhammad saw kpd isteri baginda Siti Khadijah r.a dlm menyampaikan risalah Islam drp wahyu yg diturunkan Allah Taala SWT

  17. Lagu ni M Nasir buat hadiah utk arwah isteri dia. Mula2 lagu srikandi cintaku ni dia yg nyanyi tapi dia ckp dia tak blh nyanyi abis sbb tiap kali dia nyanyi hati dia sebak teramat.

    1. alaaa bro ni betul ke ?? lagu ni zaman i form 5 (1987) dah ada kot…arwah wife pertama M Nasir ninggal tahun berapa ye (cuba google). Mungkin fakta/legends tak berapa tepat kot 👐

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *